Cara pam tayar kereta sendiri

Set tekanan ikut pelekat pintu, tekan muncung rapat pada injap, tunggu sampai berhenti. Ambil masa kira-kira 5 minit untuk 4 tayar, sama ada di stesen minyak atau dengan pam digital di rumah.

Dikemas kini 18 Okt 2026 · oleh pasukan Oyen Khair

Tak tahu berapa psi kereta anda? Lihat jadual tekanan tayar Axia, Bezza, Myvi, Saga dan lain-lain.

Cara 1: di pam angin stesen minyak

  1. 1Semak tekanan yang betul dulu: pelekat di tepi pintu pemandu, atau jadual kami.
  2. 2Parkir dekat mesin angin. Tanggalkan penutup injap (valve cap) tayar pertama dan simpan di tempat selamat.
  3. 3Set nombor psi pada mesin (butang + / −) ikut tekanan kereta anda.
  4. 4Tekan muncung hos rapat-rapat ke injap sampai bunyi angin keluar berhenti.
  5. 5Tunggu sampai mesin berbunyi atau angka berhenti naik. Tanggalkan muncung dengan cepat dan lurus.
  6. 6Pasang semula penutup injap. Ulang untuk 3 tayar lain (dan tayar spare, kalau ada).

Cara 2: dengan pam tayar digital (mudah alih)

  1. 1Cas penuh pam sebelum guna (pam tanpa wayar) atau cucuk pada soket kereta (pam berwayar).
  2. 2Skru muncung hos pada injap tayar sampai ketat.
  3. 3Hidupkan pam. Skrin tunjuk tekanan semasa tayar.
  4. 4Pilih mod kereta (kalau ada) dan set tekanan sasaran ikut pelekat pintu.
  5. 5Tekan mula. Pam berhenti sendiri bila sampai nombor yang diset.
  6. 6Buka muncung, pasang penutup injap, ulang untuk tayar lain. Biar pam sejuk kalau terasa panas.

Langkah tepat berbeza sedikit ikut jenama: rujuk manual dalam kotak pam anda.

Kesilapan biasa

Pam bila tayar masih panas

Lepas perjalanan jauh, tayar baca kira-kira 4 psi lebih tinggi. Semak bila tayar sejuk (parkir 3 jam atau jalan kurang 1 km).

Ikut nombor maksimum pada dinding tayar

Nombor "max" pada tayar ialah had tayar, bukan tekanan untuk kereta anda. Ikut pelekat pintu.

Lupa tayar spare

Spare yang kempis tak membantu masa kecemasan. Semak sekali sebulan.

Ingat pam boleh baiki tayar bocor

Pam hanya isi angin. Kalau angin cepat turun lagi, tayar mungkin bocor: bawa ke kedai tayar.

Berapa kerap perlu pam?

Tayar hilang angin sendiri, kira-kira 1.5 hingga 3 psi sebulan (manual Proton). Semak sekurang-kurangnyasebulan sekali dan sebelum perjalanan jauh, contohnya balik kampung.

Nak pam sendiri di rumah?

Kami baca dan kira ulasan pembeli sebenar sebelum syorkan pam tayar. Komplen pun kami tunjuk.

Sumber

  • Proton Owner's Manual (proton.com, after-sales): definisi tayar sejuk, kehilangan angin semula jadi, bacaan tayar panas.
  • Perodua e-Owner's Manual: lokasi pelekat tekanan tayar.